Menang di NS, BN-PN mungkin bergabung lagi dalam PRU16 – Anthony Loke

BARISAN Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mungkin bertanding PRU16 bawah satu gabungan jika ia berjaya pada PRN Negeri Sembilan.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, beliau percaya dua gabungan itu menggunakan PRN itu pada 1 Ogos ini, sebagai eksperimen mengukur sama ada gandingan tersebut mampu menewaskan Pakatan Harapan (PH).

“Mereka percaya dengan bekerjasama, mereka boleh memperoleh sebahagian besar sokongan, atau majoriti besar pengundi Melayu. Jadi, PH mesti membuktikan ia masih berkeupayaan menang pilihan raya dan pencabarnya tidak semestinya menguasai sokongan majoriti pengundi Melayu,” katanya lapor China Press.

Beliau berkata, pakatan BN-PN tidak menjamin dua gabungan itu akan mengekalkan sokongan diraih pada pilihan raya lalu.

“Politik tidak boleh dikira menggunakan perkiraan mudah. Mereka fikir satu tambah satu mesti jadi dua, tetapi dalam politik, satu tambah satu tidak sentiasa menjadi dua.

“Sama ada kerjasama BN-PN ini akhirnya dapat diterjemahkan kepada undi masih belum teruji, khususnya belum jelas sama ada pengundi Melayu di Negeri Sembilan akan menerima logik politik ini,” katanya.

Di bawah persefahaman pilihan raya tersebut, BN bertanding 25 kerusi, manakala PN bertanding di baki 11 kerusi pada PRN Negeri Sembilan. PH bertanding di semua 36 kerusi.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img