Michael Ang persoal kaitkan pilihan raya dengan pembebasan Najib

PENGARAH Filem, Michael Ang hari ini mempersoalkan tindakan individu yang mengaitkan pembebasan bekas Perdan Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Melaui akaun sosial, Threads Michael berkata, beliau melihat satu video yang menyatakan jika Barisan Nasional (BN) menang, Najib akan bebas.

Sehubungan itu perlu mempersoalkan apakah seseorang itu bersalah atau duduk dalam penjara atau bebas ditentukan oleh parti mana yang menang.

‘’ “Macam ada yang tak kena dengan kenyataan itu. Bukankah itu memang tugas hakim? Hakim perlu membuat keputusan secara bebas mengikut undang-undang dan fakta kes, bukan memihak kepada mana-mana pihak atau parti politik,’’ katanya.

Katanya, beliau terganggu dan bimbang bila mendengar kenyataan seperti itu.

‘’sebagai rakyat saya jadi tertanya-tanya, kepada siapa lagi kita nak letakkan kepercayaan untuk mempertahankan keadilan dan mewakili kepentingan rakyat? Bagi saya, ahli politik sepatutnya bekerja demi kepentingan rakyat, bukan mengejar agenda lain. Itu saja pandangan saya sebagai seorang rakyat,’’ katanya.

Sebelum ini Datuk Nazifuddin Mohd Najib mendakwa kemenangan BN pada PRN Johor nanti sebagai isyarat rakyat mahu bapanya Datuk Seri Najib Razak diampunkan.

Hari ini di Batu Pahat, Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan, Datuk, Fahmi Fadzil berkata, pilihan raya itu bukan medan untuk menentukan nasib mana-mana individu, sebaliknya platform penting buat rakyat memilih kepimpinan yang berupaya mencorak masa depan negeri lebih baik.

“Kita tidak keluar mengundi untuk perihal peribadi. Ini adalah untuk rakyat, untuk bangsa Johor dan masa depan negeri. Saya sedikit risau dengan kenyataan itu dan saya percaya ramai dalam kalangan rakyat dapat memahami apa yang perlu mereka lakukan,” katanya.

.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img