Mohamad persoal arahan larang pemimpin BN masuk pusat penamaan calon

TIMBALAN Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mempersoalkan tindakan menghalangnya memasuki pusat penamaan calon di Alor Gajah, Melaka, pagi ini walaupun pemimpin parti sebelum itu dimaklumkan bahawa pas khas akan diberikan bagi mengiringi calon.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, dalam taklimat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pemimpin parti dimaklumkan mereka dibenarkan memasuki kawasan pusat penamaan calon, namun tidak boleh masuk ke dewan tempat proses penamaan berlangsung.

Menurutnya, mereka juga diberitahu boleh berehat di bawah khemah yang disediakan dalam kawasan kompleks berkenaan.

“Secara tiba-tiba, pagi ini saya tidak dibenarkan melepasi pintu pagar kompleks. Jika tidak membenarkan kami masuk, mengapa pas dikeluarkan kepada kami?,” katanya lapor FMT.

Terdahulu, media melaporkan, Timbalan Presiden UMNO itu dilihat berang selepas tidak dibenarkan mengiringi calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu, Abu Hakim Abdul Wahid ke pusat penamaan calon.

Laporan itu menyebut, Mohamad terbabit dalam pertikaman lidah dengan seorang pegawai SPR yang bertegas bahawa hanya pencadang dan penyokong calon dibenarkan memasuki pusat berkenaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here