Polis direman empat hari disyaki terima rasuah RM3,000

SEORANG anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 daripada pasangan suami isteri sebagai balasan tidak mengambil tindakan berhubung kes pergaduhan membabitkan ahli keluarga mereka.

Perintah reman sehingga 3 November ini dikeluarkan Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah selepas permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikemukakan di Mahkamah Majistret Jenayah 2 Seremban, pagi tadi.

SPRM dalam kenyataan berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 10 malam tadi di sebuah ibu pejabat polis daerah di Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada 29 Oktober lalu ketika menjalankan siasatan awal berhubung kes membabitkan pasangan berkenaan di pejabatnya,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail mengesahkan penahanan itu ketika dihubungi, selain memaklumkan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here