Mohammed Ridha angkat sumpah SUK Johor

PEGAWAI Kewangan Negeri (PKN) Johor, Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir hari ini mengangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Johor yang baharu.

Menurut hantaran di laman Facebook The Royal Johor, beliau menggantikan Datuk Asman Shah Abd Rahman yang bersara wajib selepas berkhidmat sebagai SUK Johor ke-25 sejak Julai 2025.

Majlis Istiadat Penyerahan Surat Tauliah, Sumpah Jawatan dan Sumpah Taat Setia disempurnakan oleh Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Berangkat sama, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj.

Turut berlangsung dalam istiadat yang sama adalah pelantikan Datuk Mohd Noorazam Osman sebagai Pegawai Kewangan Negeri Johor yang baharu, menggantikan Mohammed Ridha.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Mohammed Ridha, 53, memulakan karier sebagai Penolong Pentadbir Tanah Johor Bahru pada 1995, dan sebelum ini pernah menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor serta Pegawai Daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi sebelum dilantik sebagai PKN pada Januari 2024.

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img