Mayat wanita tanpa identiti ditemukan dalam longkang

PENEMUAN mayat seorang wanita dalam longkang berhampiran lampu isyarat Kampung Tengah, di Segamat hari ini menggemparkan penduduk di kawasan berkenaan.

Mayat wanita dipercayai berusia lingkungan 60-an ditemukan orang awam pada jam 11.40 pagi ketika melalui lokasi terbabit lalu segera menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, sejurus menerima laporan itu, polis bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

Menurutnya, pemeriksaan ke atas mayat terbabit mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemukan setakat ini.

“Si mati merupakan seorang wanita namun identiti belum dikenal pasti memandangkan tiada dokumen pengenalan diri ditemukan pada dirinya.

“Mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Segamat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Jumazanzahir berkata, sementara menunggu laporan bedah siasat, polis setakat ini mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

“Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta berhubung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-932 4222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img