PEGAWAI Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, Mohd Hisyamuddin Ghazali dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) yang baharu berkuat kuasa semalam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, pelantikan Mohd HIsyamuddin menggantikan Datuk Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatannya Ahad lalu selepas lebih setahun menerajui jabatan berkenaan.
“Semoga terus cemerlang menggalas amanah demi memperkukuh komunikasi kerajaan yang berkesan dan diyakini rakyat,” katanya dalam hantaran itu.
Pada masa sama, Shamsul Azri turut merakamkan penghargaan kepada Ismail atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatannya.
“Semoga terus aktif dalam menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti,” katanya.


