Seorang pekerja pembinaan dari Bulgaria yang terkenal sebagai peminat tegar Manchester United, Marin Zdravkov Levidzhov, yang secara sah menukar namanya kepada Mr Manchester United meninggal dunia pada usia 62 tahun.
Marin mula meminati kelab itu selepas kemenangan bersejarah Manchester United dalam Liga Juara-Juara 1999, yang mengilhamkannya untuk menukar nama secara rasmi kepada nama pasukan kesayangannya.
Beliau berjuang selama 15 tahun untuk mendapatkan pengesahan dari segi undang-undang bagi menukar nama kepada “Manchester United,” dan akhirnya berjaya pada tahun 2014.

Bagi meraikan kejayaannya itu, beliau membuat ‘tatoo’ lambang kelab Manchester United di dahinya. Rumahnya di Bulgaria dipenuhi dengan pelbagai barangan kelab termasuk poster, jersi dan sepanduk pemain kegemarannya seperti Dimitar Berbatov.
Pada tahun 2014, akhbar The Sun menunaikan impiannya untuk melawat Old Trafford, tempat yang digelar “Theatre of Dreams”. Beliau menerima lawatan peribadi ke stadium tersebut dan turut dibawa ke Stadium of Light untuk menyaksikan perlawanan antara United dan Sunderland.
Beliau berkata, ”Melihat tempat para wira saya bermain dan berjalan adalah perkara paling hebat pernah saya alami. Saya akan kenang hari ini selama-lamanya dan akan menceritakannya kepada keluarga serta rakan-rakan sepanjang hidup saya.”
Beliau turut menamakan kucing peliharaannya sebagai David Beckham, sempena pemain pujaannya, dan sanggup mengembara sejauh lebih 2,000 kilometer untuk lawatan tersebut.
Ketika melangkah ke bilik persalinan pemain dan padang Old Trafford, beliau tidak dapat menahan air mata. Malangnya, pada hari tersebut pasukan kesayangannya hanya mampu seri 1-1 dengan Sunderland, dan menamatkan musim di tempat keempat.
Mr Manchester United kembali ke Manchester pada tahun 2017 semasa pra-musim untuk melawat pemain sekali lagi, ketika United menamatkan saingan liga di tempat kedua di belakang Manchester City.
Walaupun tidak banyak diketahui tentang tahun-tahun terakhir kehidupannya, legasi dan semangat luar biasa beliau sebagai peminat sejati Manchester United akan terus dikenang selama-lamanya.
UNDILAH |
[forminator_poll id=”4496″]


