Nahas 4 lori, 2 kereta di Lebuhraya PLUS dekat Kulai ragut nyawa, trafik ke selatan sesak teruk

SEKURANG-kurangnya enam buah kenderaan, termasuk lori dan kereta terbakar selepas terlibat kemalangan di Kilometer 31.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, antara Sedenak dan Kulai pagi ini.

Maklumat awal mendakwa nahas berkenaan dipercayai menyebabkan kemalangan jiwa, termasuk kematian, namun butiran mengenai mangsa dan punca kejadian masih belum dapat disahkan.

Gambar dan video yang tular dalam media sosial menunjukkan beberapa kenderaan berat dan kereta terbakar, dengan asap hitam tebal menjulang ke udara. Impak perlanggaran turut menyebabkan kerosakan teruk kepada kenderaan terlibat.

PLUS Malaysia Berhad dalam makluman trafik awal, memaklumkan kemalangan berkenaan berlaku selepas Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Kulai menghala selatan.

“Kemalangan ini menyebabkan kesesakan trafik di kedua-dua arah. Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu dengan berhati-hati dan mematuhi arahan pihak berkuasa di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Trafik dilaporkan terhenti sepenuhnya ketika pasukan kecemasan berusaha mengendalikan insiden dan membersihkan laluan terjejas. Sehingga berita ini ditulis, semua lorong arah selatan masih terhalang sepenuhnya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img