Polis siasat video tular lelaki pakai uniform mirip pasukan keselamatan

POLIS membuka kertas siasatan berhubung video tular memaparkan seorang lelaki tidak dikenali memakai pakaian menyerupai pasukan keselamatan dan memiliki senjata disyaki tiruan di Taman Bukit Desa, Kepong.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.31 petang semalam selepas video berkenaan tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 140 Kanun Keseksaan kerana memakai pakaian askar, kelasi atau askar udara serta Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana memiliki dan mengimport senjata tiruan.

“Jika sabit kesalahan, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga RM1,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, bagi Seksyen 36 Akta Senjata 1960 pula, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun dan denda maksimum RM5,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Gombak, Inspektor Prakash Sithambaram di talian 012-2940827 atau Bilik Gerakan IPD Gombak di talian 03-6126 2222.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img