Sudah banyak kali ditahan, empat lelaki ada 10 rekod lampau

WALAUPUN mempunyai antara tiga hingga 10 rekod lampau berkaitan dadah, empat lelaki masih tidak serik apabila sekali lagi ditahan selepas didapati positif Methamphetamine dalam serbuan di Kampung Longgel, Lemal, dekat Pasir Mas, malam tadi.

Dalam operasi pada jam 7.45 malam itu, anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) menahan kesemua suspek tempatan berusia antara 33 hingga 35 tahun selepas mereka dikesan berada dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, pemeriksaan yang dijalankan ke atas tubuh badan suspek tidak menemukan sebarang barangan menyalahi undang-undang.

Bagaimanapun, katanya, ujian saringan air kencing mendapati kesemua suspek positif Methamphetamine.

“Kesemua suspek mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis yaba sejak antara tiga hingga 10 tahun lalu.

“Mereka turut mengaku mendapatkan bekalan pil yaba pada harga RM10 sebiji daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Janggut’,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, keempat-empat suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img