Nazri persoal kewajaran Wawasan cakap soal penyatuan Melayu

BEKAS Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Nazri Tan Sri  mempersoalkan kewajaran parti Wawasan bercakap mengenai penyatuan Melayu sedangkan penubuhan satu lagi parti politik Melayu, hanya menambah perpecahan.

Katanya, bekas ahli Bersatu yang benar-benar mahu menjayakan agenda penyatuan Melayu sepatutnya menyertai UMNO menerusi gagasan Rumah Bangsa, bukannya menubuhkan parti baharu.

“Tapi bila tubuh satu lagi parti, bermakna kalau dulu ada enam parti Melayu yang memecahkan perpaduan kita, sekarang dah ada tujuh. Adakah itu perpaduan?” soalnya, lapor FMT.

Nazri berkata, UMNO dan Pas merupakan dua parti yang berkemampuan menjayakan agenda penyatuan Melayu kerana mempunyai struktur organisasi dan rangkaian cawangan yang kukuh.

Sehubungan itu beliau menepis dakwaan pendiriannya mengenai pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) didorong kepentingan peribadi, sebaliknya menegaskan hasrat menjayakan penyatuan politik Melayu menerusi kerjasama UMNO-Pas.

Katanya, kerjasama kedua-dua parti itu sudah terbukti membuahkan hasil menerusi kemenangan besar pada PRN Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Ini bukan soal nafsu peribadi saya. Saya pun sudah jadi Ahli Parlimen selama 30 tahun,” katanya.

Nazri mengulas teguran Naib Presiden Wawasan Wan Saiful Wan Jan, Khamis lalu, yang mengingatkannya supaya tidak membiarkan hasrat peribadi untuk bertanding pada PRU16 menjejaskan agenda penyatuan politik Melayu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here