Op Petasan: JKDM Pulau Pinang rampas rokok, arak RM3.6 juta

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan arak serta merampas barangan itu yang dianggarkan bernilai lebih RM3.6 juta termasuk cukai dalam serbuan di sebuah gudang di Jalan Berapit, Bukit Mertajam bulan lalu.

Pengarah Kastam negeri, Datuk Rohaizad Ali berkata, kejayaan menerusi Op Petasan dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan pada jam 9 pagi, 13 Mac lalu selepas melakukan intipan selama dua bulan.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati terdapat 86,800 batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama selain lebih 55,606 liter minuman keras jenis bir dan arak yang semuanya bernilai lebih RM3.6 juta.

“Tindakan penyeludup menyembunyikan rokok dan minuman keras di dalam gudang tidak berpenghuni itu adalah bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Semua rokok dan minuman keras berkenaan dipercayai untuk diedarkan ke pasaran tempatan namun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam sidang media di Kompleks Pencegahan JKDM negeri di Perai hari ini.

Rohaizad memberitahu, pihaknya sedang mengenalpasti pemilik gudang itu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kesemua barangan itu disita untuk siasatan dan usaha untuk mengesan pemilik gudang sedang giat dijalankan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img