Guru wanita maut kereta dipandu bertembung lori

SEORANG guru wanita maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 2.2 Jalan Sri Menanti Parit Sikom, di Pontian petang semalam.

Mangsa, Jamaliah Aris, 37, guru Prinsip Perakaunan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas disahkan meninggal dunia di Hospital Pontian.

ALLAHYARHAM Jamaliah Aris

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 4.15 petang itu membabitkan kereta Toyota Vios dan sebuah lori Isuzu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kereta Toyota Vios yang dipandu guru wanita terbabit keluar dari simpang Parit Basilam lalu bertembung dengan lori berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan meninggal dunia di Hospital Pontian, manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Lori berkenaan disita bagi tujuan siasatan lanjut dan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori mendapati keputusan negatif, ” katanya.

Beliau berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian ini untuk tampil di Pejabat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-209 0396 bagi membantu siasatan, ” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img