Orang Melayu berpecah, buka ruang pihak luar ambil kesempatan – Sultan Selangor

SULTAN Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah menyeru orang Melayu dan umat Islam terus bersatu padu, tidak kira daripada kalangan pemimpin politik hinggalah rakyat jelata.

Dalam perutusan sempena Adiladha, Sultan Sharafuddin mengingatkan, jika mereka terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri, maka mereka yang akan rugi dan lemah.

‘’Beta juga perhatikan sejak akhir-akhir ini terlalu banyak pertelingkahan dan perselisihan berlaku dalam kalangan ahli-ahli politik sehingga boleh menimbulkan keresahan rakyat.

‘’Semua pihak seharusnya mengambil iktibar daripada sejarah lampau apabila perpecahan orang Melayu Islam telah membuka ruang kepada pihak luar untuk mengambil kesempatan dan melemahkan kuasa serta kedudukan bangsa Melayu di tanah air sendiri, ‘’ titah baginda.

Sehubungan itu Sultan Sharafuddin menegaskan bahawa perpaduan orang Melayu tidak harus disalah tafsir sebagai usaha untuk bermusuhan dengan semua kaum lain di negara ini.

‘’Sebaliknya, kekuatan sesuatu bangsa yang hidup bersatu akan menjadikan negara lebih aman, stabil dan rakyatnya saling hormat menghormati,’’ titah baginda.

Sempena Aidiadha,  baginda mahu agar semua kaum, bangsa dan semua agama di negara ini saling hormat menghormati sensitiviti antara satu sama lain dan hidup aman damai.

‘’ Sejarah telah membuktikan bahawa tamadun Islam pernah mencapai zaman kegemilangan ketika era Kerajaan Uthmaniyyah apabila masyarakat berbilang bangsa hidup harmoni di bawah pemerintahan Islam.

‘’Beta dan Tengku Permaisuri Selangor turut mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan ibadah mereka, dikurniakan kesihatan yang baik, kembali ke tanah air dengan selamat serta memperoleh haji yang mabrur. Selamat Hari Raya Aidiladha,’’ titah baginda.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img