Penolong pegawai RELA mengaku salah miliki pistol, peluru dan kerambit

SEORANG penolong pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas empat pertuduhan membabitkan pemilikan senjata api, peluru, pistol tiruan dan kerambit, awal bulan ini.

Tertuduh, Mohd Faizal Fauzi, 39, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki sepucuk pistol jenis Smith & Wesson secara menyalahi undang-undang di dalam sebuah kenderaan di tepi Jalan Kampung Tok Lawit, Hulu Terengganu kira-kira jam 6.30 petang, 10 Mei lalu.

Dia turut didakwa memiliki 77 butir peluru pelbagai kaliber tanpa lesen sah selain memiliki sepucuk pistol tiruan jenis Airsoft dan dua bilah kerambit di tempat awam tanpa alasan munasabah.

Mahkamah menetapkan 7 Jun depan untuk sebutan fakta kes dan hukuman selain tiada jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Marang, tertuduh turut berdepan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 227.18 gram di lokasi dan masa sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh turut didakwa memiliki dadah disyaki Nitrazepam seberat 18.56 gram.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img