Pasangan kekasih mengaku salah berkhalwat, pilih disebat empat kali elak penjara

SEPASANG kekasih memilih menjalani hukuman sebatan syariah berbanding dipenjara selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan persediaan untuk persetubuhan luar nikah di daerah Marang, Kuala Terengganu pada tahun lalu.

Tertuduh, Muhammad Syahmi Faris Latif, 25, dan pasangannya, Hafiqah Qurratu Aini Azlan, 23, membuat keputusan itu selepas memaklumkan kepada mahkamah bahawa mereka tidak mempunyai wang mencukupi untuk membayar denda selain mahu mengelakkan hukuman penjara.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof kemudian menjatuhkan hukuman empat sebatan terhadap kedua-dua tertuduh selepas pengakuan bersalah direkodkan.

Mengikut pertuduhan, pasangan yang bekerja sebagai pemandu lori dan pembantu kedai makan itu ditahan dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah kereta di belakang sebuah bangunan di Marang kira-kira jam 10.45 malam pada 4 Disember tahun lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 Pindaan 2022 kerana melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk persetubuhan luar nikah.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman sebatan dilaksanakan pada 7 Jun ini di Penjara Marang sebaik tamat tempoh rayuan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali, atau mana-mana kombinasi hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Syarie Jabatan Pendakwaan Syariah Terengganu, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img