Pasangan tunang ditahan bantu siasatan kes pecah rumah  kediaman pempengaruh libat kerugian RM360,000

PASANGAN  tunang ditahan di sekitar Kajang semalam bagi membantu siasatan kes pecah masuk kediaman pempengaruh di Bandar Sungai Long sehingga mengakibatkan kerugian hampir RM360,000.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pasangan berusia 21 dan 37 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor  antara 10.30 pagi hingga 2.30 petang.

“Tangkapan melibatkan seorang lelaki pekerja swasta dan seorang wanita tempatan yang juga penganggur, masing-masing berusia 21 dan 37 tahun kerana disyaki terlibat dalam kejadian ini.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naazron berkata kedua-dua suspek merupakan kenalan kepada mangsa, dan pemeriksaan mendapati masing-masing mempunyai dua rekod kesalahan lampau melibatkan kes narkotik.

Suspek lelaki direman dua hari hingga esok, manakala suspek wanita direman sehari untuk disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan suspek lain yang terlibat  serta mengesan barang kes berkenaan,” katanya.

Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian itu dimohon menghubungi Pegawai Penyiasat kes Inspektor Shahrulhasram Ramli menerusi talian 017-2530380 bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada Ahad lepas, pelbagai barangan dilaporkan hilang, antaranya barang kemas, dua motosikal serta helmet jenama Arai dan Shoei, bernilai hampir RM360,000.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img