Pasangan warga emas maut nahas motosikal, kereta

SEPASANG suami isteri warga emas maut apabila motosikal dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Selinsing – Tok Bok di Simpang Kampung Durian, Pasir Puteh pagi ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.40 pagi ketika penunggang lelaki motosikal berusia 69 tahun bersama isterinya yang berusia 68 tahun menaiki motosikal jenis Yamaha LC dari arah Selinsing menghala ke Tok Bok.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Kancil memasuki simpang di sebelah kanan serta memasuki laluan motosikal kedua warga emas berkenaan.

“Disebabkan jarak terlalu dekat, penunggang motosikal tidak sempat mengelak dan berlaku kemalangan.

“Penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Menurut Saari, pemandu kereta tidak mengalami kecederaan serius dan menerima rawatan di Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh.

Tambahnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh, Sab Inspektor Jafri Alias di talian 019-938 6224 atau mana-mana balai polis berhampiran.

 

 

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img