Pelajar Tingkatan 4 maut dipercayai terjatuh dari bangunan sekolah – Polis

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari blok bangunan sebuah sekolah menengah di Sendayan, Seremban hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.48 pagi.

Menurutnya, laporan awal memaklumkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kawasan sekolah berkenaan.

“Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan pegawai dan anggota polis telah digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan serta tindakan lanjut.

“Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku di kawasan bangunan sekolah tersebut.

Katanya, polis turut menjalankan pemeriksaan di lokasi dan mengenal pasti beberapa individu yang boleh membantu siasatan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Perubatan Forensik, Hospital Rembau untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

Menurut beliau, polis sedang meneruskan siasatan termasuk mendapatkan keterangan daripada saksi serta menunggu laporan bedah siasat.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana boleh mengganggu siasatan.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Seremban atau balai polis berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img