Lelaki maut dipercayai terjatuh dari jejambat Rawang Bypass

SEORANG lelaki ditemukan maut dipercayai selepas terjatuh dari tempat tinggi di Jejambat Rawang Bypass, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.28 malam itu, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di bawah jejambat dengan kesan kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian membabitkan seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai terjatuh dari jejambat berkenaan.

“Siasatan awal bersama pihak bomba Rawang di lokasi kejadian menemui mayat mangsa di bawah jejambat dalam keadaan terbaring dengan kesan kecederaan parah.

“Identiti penuh mangsa masih dalam proses dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.

Beliau berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ketua Polis Balai Rawang, Inspektor Zharif Zakaria di talian 03-60916222 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di talian 03-61262222.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img