Pelajar Tingkatan Empat terlelap ketika memandu, Myvi terjunam ke sungai

SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Empat berdepan detik cemas apabila terpaksa memecahkan cermin kereta untuk menyelamatkan diri selepas Perodua Myvi dipandunya terjunam ke dalam sungai berhampiran pintu air Pengkalan Petah, Bachok dipercayai akibat terlelap ketika memandu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.10 petang itu, remaja berusia 16 tahun yang belajar di sebuah sekolah di Kota Bharu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kelas tuisyen.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Nor Azini Che Wil berkata, mangsa memaklumkan dia dipercayai terlelap akibat mengantuk sebelum tersedar apabila kereta dipandunya sudah tenggelam di dalam sungai sedalam kira-kira 15 meter.

Menurutnya, remaja itu bertindak pantas memecahkan cermin di bahagian penumpang hadapan menggunakan lengan kirinya bagi membolehkan dia keluar dari kenderaan.

“Selepas berjaya keluar, mangsa dibantu orang awam yang menggunakan tali untuk menariknya naik ke tebing sungai.

“Kereta itu kebetulan terjunam berhampiran tebing dan mangsa juga tidak panik ketika berdepan situasi tersebut,” katanya.

Beliau berkata, mangsa mengalami kecederaan pada lengan kiri sebelum dibawa ke Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.20 petang sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, operasi turut melibatkan kerja-kerja mengeluarkan kenderaan yang tenggelam di dalam sungai.

“Operasi berjaya diselesaikan sepenuhnya pada jam 5 petang,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img