Pelajar tingkatan enam meninggal dunia selepas rebah ketika orientasi kokurikulum

SEORANG pelajar baharu tingkatan enam meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri sesi orientasi kokurikulum di sebuah sekolah menengah di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu, pelajar lelaki berusia 18 tahun itu dibawa ke Hospital Melaka dalam keadaan tidak sedarkan diri dan lemah.

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintenden Halim Abas berkata, pelajar itu diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 68 minit, namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.11 malam tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati pelajar berkenaan sedang berbaris di koridor kelas bersama rakan untuk menghadiri sesi orientasi kokurikulum sebelum dia tiba-tiba rebah.

“Guru yang menyedari kejadian itu segera menghubungi ambulans sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Halim, hasil temu bual dengan ibu pelajar terbabit mendapati remaja berkenaan tidak mempunyai sejarah sebarang penyakit atau masalah kesihatan.

Katanya, pelajar itu yang merupakan anak sulung daripada dua beradik baru tiga minggu mengikuti pengajian tingkatan enam di sekolah berkenaan selain aktif dalam kegiatan sukan.

“Laporan bedah siasat mengesahkan punca kematian pelajar berkenaan akibat coronary artery anomalies (keabnormalan saluran arteri koronari).

“Siasatan polis juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img