Pelajar universiti maut terjun tingkat 4 pusat beli belah selepas rakam gambar bawah skirt perempuan

SEORANG pelajar universiti maut selepas  melompat dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah di Nonthaburi, Thailand untuk mengelakkan diri daripada ditangkap selepas dikesan merakam gambar di bawah skirt seorang wanita.

Polis berkata, kejadian berlaku di Central Westgate di daerah Bang Yai sekitar 7.40 malam  (8.40 malam waktu Malaysia) kelmarin.

Saksi berkata, wanita itu melihat pemuda berkenaan menggunakan iPad untuk merakam di bawah skirtnya di tingkat empat. Dia kemudiannya meminta bantuan polis dan pengawal keselamatan pusat membeli-belah untuk menahan pemuda berusia 21 tahun itu.

Ketika polis sedang mengumpulkan bukti, pelajar universiti itu panik dan cuba melarikan dengan melemparkan begnya sebelum melompat dari tingkat 4 sehingga menyebabkan dia mengalami kecederan parah di bahagian kepala dan patah buku lali.

Seorang saksi berkata, kejadian itu sangat menakutkan sehingga  ada pengunjung yang menangis kerana terkejut ketika melihat  seorang lelaki terbaring tidak bergerak di atas lantai, lapor Bangkok Post.

Berdasarkan cerita ibunya, itu bukanlah kali pertama pemuda tersebut merakam gambar seumpama itu.

Ini kerana ia ada menghubungi ibunya sebelum kejadian  untuk   mengucapkan selamat tinggal dan mengaku mengambil gambar di bawah skirt pelajar perempuan.

Pemuda itu  memberitahu ibunya dia telah dipaksa melakukan perbuatan berkenaan selepas menyertai kumpulan dalam talian peribadi. Dia telah diugut  untuk mengambil banyak lagi gambar jika tidak mahu sesuatu berlaku ke atasnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img