SEORANG pelakon wanita yang membintangi drama kepolisan terkenal disahkan ditahan bersama 17 individu lain dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan selepas didapati positif dadah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya mengesahkan penahanan berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Saya sahkan penahanan tersebut dan kes masih dalam siasatan,” katanya ringkas.






