Pelancong Malaysia maut ketika menyelam di Nusa Penida Bali

SEORANG  pelancong wanita warga Malaysia meninggal dunia selepas mengalami kecemasan ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Crystal Bay, Nusa Penida, Bali, Indonesia, semalam.

Mangsa, Siti Nuraini Rusidi, 39, dipercayai mengalami masalah kekurangan oksigen selepas kumpulan penyelam yang disertainya dilanda arus agak kuat ketika berada di perairan Crystal Bay, Desa Sakti, Kecamatan Nusa Penida.

Seorang penyelam kemudian cuba memberikan alat pernafasan miliknya kepada mangsa selain membantu membawanya ke permukaan.

Bagaimanapun, mangsa tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari Crystal Bay ke Dive Concepts Lembongan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Polis Klungkung I Dewa Nyoman Alit Purnawibawa berkata, sebelum melakukan penyelaman di Crystal Bay, mangsa terlebih dahulu mengikuti aktiviti menyelam di lokasi lain, iaitu Manta Bay.

Menurutnya, ketika berada di Manta Bay, mangsa sempat mengalami batuk-batuk.

“Juruselam  yang mendampingi kemudian menanyakan keadaan mangsa dan memastikan sama ada dia masih mampu mengikuti aktiviti menyelam. Mangsa menyatakan mampu mengikuti kegiatan, sehingga penyelaman dilakukan dan berjalan lancar,” katanya lapor bali.tribune.news.

Rombongan itu kemudian bergerak ke lokasi kedua, Crystal Bay dan tiba kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.

Sebelum turun semula ke laut, ‘guide’ sekali lagi bertanyakan kepada mangsa sama ada mahu menyertai aktiviti menyelam atau menunggu di atas bot. Mangsa memilih untuk meneruskan aktiviti berkenaan.

Ketika berada di bawah permukaan air, kumpulan penyelam berdepan arus yang agak kuat. Bagaimanapun, mereka masih mampu bertahan dan meneruskan aktiviti menyelam sebelum keadaan kecemasan berlaku kepada mangsa.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here