Pemandu pikap 4×4 maut tersepit dalam nahas di Jalan Bukit Kemuning

SEORANG lelaki maut selepas tersepit apabila pikap 4×4 dipandunya terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Bukit Kemuning, Shah Alam, pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.27 pagi.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama sebuah jentera FRT digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 10.42 pagi.

“Siasatan mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah lori treler, lori satu tan dan sebuah pikap 4×4.

“Terdapat seorang mangsa iaitu pemandu pikap 4×4 tersepit di tempat duduk pemandu sebelum berjaya dikeluarkan anggota bomba menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img