Penghantar barang didakwa amang seksual kanak-kanak 12 tahun

SEORANG penghantar barang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, masing-masing pada Jun dan September tahun lalu.

Abdul Qayyum Ahmad, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada waktu malam pada Jun 2025 di Kampung Pengkalan Setar, Gelugor Kedai, Kuala Terengganu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama terhadap mangsa pada waktu malam pada 17 September 2025 di kawasan sama.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin, lapor Buletin TV3.

Mahkamah turut menetapkan 12 Oktober depan untuk sebutan semula kes, serahan dokumen serta status penarikan balik laporan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here