Peniaga mengaku tidak bersalah rogol anak tiri

SEORANG peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini atas dua pertuduhan merogol anak tirinya yang ketika itu berusia 14 tahun pada Julai dan Disember 2013.

Tertuduh, Noor Sarkawi Saleh, 59, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Nor Aklima Wan Salleh.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa kira-kira jam 4.30 petang pada Julai 2013 di sebuah kedai di Jalan Mengabang Telipot, Kampung Gong Datuk, di sini.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa kira-kira jam 12 tengah hari pada Disember 2013 di sebuah kedai di Dataran Austin, Jalan Gong Badak, Kampung Wakaf Tembesu.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan, menjadikan jumlah keseluruhan RM20,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 12 Oktober depan bagi urusan lantikan peguam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, lapor Harian Metro.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here