Penunggang motosikal maut terbabas ke dalam tali air

SEORANG lelaki maut selepas motosikal ditungganginya dipercayai terbabas sebelum terjatuh ke dalam tali air di Kampung Gerong, Apal, di Besut, awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Irwan Rani, 22, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira jam 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Rozaime Ab Rahim berkata, motosikal ditunggang mangsa dipercayai terbabas ketika dalam perjalanan dari Kampung Gerong menghala ke Alor Lintang.

“Mayat mangsa bersama motosikalnya ditemukan orang awam di dalam tali air berkenaan kira-kira jam 10 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here