Selepas Vellfire, JPJ sita Ford Raptor milik bekas pemain bola sepak kebangsaan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu menyita sebuah lagi kenderaan milik bekas pemain bola sepak kebangsaan selepas dikesan menggunakan cukai jalan tamat tempoh dalam operasi di Jalan Sultan Mohamad di Kuala Terengganu petang tadi.

Jika awal pagi semalam, kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah jenis Toyota Vellfire miliknya disita dalam operasi di Bukit Bintang, kali ini membabitkan pacuan empat roda jenis Ford Raptor pula dikenakan tindakan sama.

Kenderaan itu disita dalam sekatan jalan raya diadakan JPJ Terengganu sempena Operasi Khas Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2026 di Jalan Sultan Mohamad jam 4.20 petang ini.

Pengarah JPJ Terengganu, Mohd Zamri Samion berkata, kenderaan pacuan empat roda itu ditahan selepas pemeriksaan mendapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh sejak Januari tahun lalu.

“Semakan lanjut mendapati pemilik masih gagal memperbaharui cukai jalan berkenaan sehingga kini,” katanya dalam sidang media di Kuala Terengganu hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, JPJ Terengganu telah menyita sebanyak 30 kenderaan mewah menerusi Ops Luxury sejak Januari lalu.

Menurutnya, kenderaan jenama Mercedes-Benz merekodkan jumlah sitaan tertinggi berbanding jenis lain sepanjang operasi itu dijalankan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img