Penuntut madrasah maut motosikal bertembung lori

SEORANG penuntut madrasah maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kangkar Senangar–Pagoh, Batu Pahat, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, nahas berlaku kira-kira jam 8.30 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 30 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Parit Sulong menuju ke Pagoh, Muar.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan lori berkenaan lalu berlaku perlanggaran.

“Akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, patah kaki kanan serta kecederaan organ dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa, Muhammad Arif Selamat, 19, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Parit Sulong.

Katanya, pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa merupakan penuntut Madrasah Ibnu Yazid, Simpang Lima, Parit Sulong dan beralamat di Felda Batu 27 Lenga, Muar,” katanya.

Menurut beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian,” ujarnya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img