Perang Gaza : 20,080 pelajar terbunuh, 31,147 cedera, 1,037 guru terkorban, 4,757 cedera

KEMENTERIAN Pendidikan dan Pengajian Tinggi Palestin melaporkan bahawa 20,080 pelajar telah terbunuh dan 31,147 cedera sejak bermulanya pencerobohan Israel ke atas Semanjung Gaza dan Tebing Barat pada 7 Oktober 2023.

Dalam kenyataan pada Selasa, kementerian menjelaskan bahawa di Semanjung Gaza sahaja, lebih 19,932 pelajar terbunuh dan 30,102 lagi cedera.

Sementara di Tebing Barat, seramai 148 pelajar terbunuh, 1,045 cedera dan 846 lagi ditahan oleh tentera penjajah Israel.

Kementerian turut memaklumkan bahawa 1,037 guru dan pentadbir telah terbunuh serta 4,757 cedera di Gaza dan Tebing Barat, manakala lebih 228 orang ditahan di Tebing Barat.

Serangan Israel juga mengakibatkan 179 sekolah kerajaan musnah sepenuhnya di Gaza, di samping 63 bangunan universiti yang turut hancur.

Selain itu, 118 sekolah kerajaan dan lebih 100 sekolah UNRWA telah dibom dan dirosakkan.

Pencerobohan berterusan ini turut menyebabkan 30 sekolah bersama pelajar dan gurunya dikeluarkan daripada daftar pendidikan rasmi.

Di Tebing Barat, tentera penjajah turut memusnahkan Sekolah Rendah Amira di Yatta, selatan Hebron, dan Sekolah Rendah Aqaba di Tubas.

Kementerian menambah bahawa lapan universiti dan kolej di wilayah Palestin turut menjadi sasaran serangan berulang dan perosakan oleh tentera Israel.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img