Perlawanan persahabatan Chelsea-JDT diawalkan ke 9 Ogos

AKSI persahabatan antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea FC dan juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan di Johor, diawalkan dua hari kepada 9 Ogos ini.

Penganjur acara, TEG Sport dalam kenyataan hari ini memaklumkan perlawanan yang pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 11 Ogos itu dijadualkan semula hasil persetujuan bersama kedua-dua kelab.

Menurut kenyataan tersebut, perlawanan berkenaan tetap berlangsung pada jam 8 malam di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri yang berkapasiti 34,000 penonton.

“Kedua-dua pasukan menerima baik perubahan jadual itu kerana tarikh yang lebih awal memberi lebih banyak masa untuk membuat persiapan menjelang musim baharu,” menurut kenyataan itu hari ini.

TEG Sport turut mengesahkan semua tiket yang dibeli bagi tarikh asal masih sah digunakan untuk perlawanan yang dijadualkan semula dan pemegang tiket tidak perlu membuat sebarang pertukaran atau kemas kini.

Perlawanan itu akan menjadi medan persiapan pramusim penting buat Chelsea menjelang kempen 2026/2027, selain memberi peluang kepada JDT menguji kemampuan menentang pasukan elit Eropah di laman sendiri.

Chelsea FC yang akan dibimbing Xabi Alonso ialah juara bertahan Piala Dunia Kelab dan bakal mengharungi lima perlawanan persahabatan pramusim di rantau ini, termasuk dua di Australia, Hong Kong, Indonesia dan berakhir di Johor Bahru.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img