Perselisihan rumah tangga dipercayai punca pegawai kastam maut ditikam suami

PERSELISIHAN rumah tangga dipercayai menjadi punca seorang wanita maut disyaki dibunuh suaminya di kediaman kakitangan kerajaan di Seremban, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman, manakala pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu turut ditemukan.

Menurutnya, IPD Nilai menerima laporan pada jam 9.30 malam daripada seorang lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, selain memaklumkan kematian isterinya di kompleks perumahan awam di Nilai.

Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi dan menemukan mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Nilai kemudian mengesahkan kematiannya.

Alzafny berkata, pemeriksaan awal Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan mendapati mangsa mengalami kecederaan disyaki akibat tikaman.

Polis turut merampas sebilah pisau serta beberapa barang kes lain bagi membantu siasatan, manakala seorang lelaki tempatan berusia 30-an ditahan berhubung kejadian itu.

Mangsa merupakan pegawai Kastam yang bertukar skim perkhidmatan ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) berkuat kuasa 1 Julai lalu.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 22 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here