PGA rampas 1,990 unit pod rokok elektronik diseludup dari Thailand

PASUKAN Gerakan Am (PGA) merampas 1,990 unit pod rokok elektronik atau vape bernilai RM199,000, yang dipercayai diseludup dari Thailand dalam operasi di Pangkalan Haram Tebu, Lubok Gong, Rantau Panjang, semalam.

Komander Briged Tenggara SAC Ahmad Radzi Hussain berkata rampasan itu dilakukan anggota Strike Force Sektor A, Kompeni A Batalion 8 PGA dengan bantuan Jabatan Kastam Rantau Panjang menerusi Ops Taring Wawasan Kelantan pada 2.30 petang.

Dalam satu kenyataan beliau berkata,  ketika menjalankan rondaan di kawasan sempadan Sungai Golok, anggota PGA menemukan beberapa kotak berwarna coklat dalam keadaan mencurigakan di tebing sungai berhampiran pangkalan haram berkenaan.

“Hasil pemeriksaan menemukan sembilan kotak mengandungi 1,790 unit pod vape berperisa Flum American Tobacco dan sebuah lagi kotak berisi 200 unit pod vape berperisa Flum Float Melon Ice Cream yang disyaki diseludup dari Thailand.

“Semua barang rampasan dibawa ke Komtak Taman Bakti untuk tindakan lanjut. Tiada tangkapan dilakukan dalam operasi berkenaan,” katanya dalam kenyataan media.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img