PGA Sarawak catat nilai rampasan RM163.83 juta,35 individu ditahan dalam tujuh operasi

PASUKAN Gerakan Am (PGA) Briged Sarawak merekodkan 22 siri kejayaan menerusi tujuh operasi dilaksanakan dari 1 Sept hingga semalam di beberapa lokasi di negeri ini dengan nilai rampasan keseluruhan RM163.83 juta.

Komander PGA Briged Sarawak SAC Datuk Lim Bak Phai berkata menerusi siri operasi itu, 35 individu ditahan membabitkan warga tempatan dan asing atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan dilakukan adalah penyimpanan dan penjualan rokok serta minuman keras tidak berkastam, penyimpanan dan pengedaran produk sejuk beku tanpa permit, penyelewengan diesel, perlombongan tanpa lesen, pemprosesan kayu tanpa permit serta kesalahan imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siri kejayaan berkenaan dicapai menerusi Op Taring Alpha, Op Taring Bravo, Op Taring Delta, Op Taring Batas/Awas, Op Taring Chiller, Op Taring Libas dan Op Bersepadu Khazanah.

Mengulas mengenai Op Bersepadu Khazanah, Lim berkata operasi yang dilaksanakan di Bau itu melibatkan aktiviti perlombongan bahan galian tanpa lesen sah.

“Operasi berkenaan membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan serta rampasan batu pelbagai jenis, diesel, tangki, jentera berat dan pelbagai peralatan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM120.84 juta,” katanya.

Beliau berkata kesemua tangkapan dan barang rampasan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Briged PGA Sarawak akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan agensi penguat kuasa berkaitan bagi membanteras kegiatan menyalahi undang-undang serta melindungi keselamatan, ketenteraman dan kepentingan negeri,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here