PM akan umumkan ikhtiar penting dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan esok

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan beberapa ikhtiar penting dalam Amanat Perdana Hari Kebangsaan, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) petang esok.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata amanat itu akan menyentuh kebimbangan dan kehidupan rakyat, serta tanggungjawab generasi hari ini dalam menghargai kemerdekaan negara.

“Insya-Allah, saya akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang esok.

“Hampir tujuh dekad berlalu sejak negara mencapai kemerdekaan. Kita mengenang perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang merintisnya dengan keringat, darah dan air mata, sebelum kita bermuhasabah tentang tanggungjawab generasi hari ini, dalam mengisi serta memaknakan kemerdekaan,” kata beliau.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut mengajak rakyat menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, dengan membugarkan semangat perpaduan serta menolak segala hasutan kebencian antara kaum dan agama demi keamanan negara serta kesejahteraan rakyat.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here