PM minta kemuka bukti dakwaan pemilikan wang di luar negara, jangan jadi sarang fitnah

DATUK Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak akan melayan dakwaan tidak berasas yang tular dalam media sosial kononnya melibatkan pemilikan wang di luar negara.

Perdana Menteri mengulas dakwaan yang dikaitkan dengan sebuah video tular melibatkan individu dikenali sebagai Albert Tei dan menegaskan, sebarang tuduhan perlu disertakan dengan bukti kukuh dan tidak boleh dijadikan bahan fitnah.

“Kalau ada bukti, bawa. Tak ada siapa yang terkecuali. Kalau tak ada bukti, saya tidak akan layan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan ketika ditemui selepas Sesi Ramah Mesra Bersama Warga Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Tingkatan 6, di IPG Kampus Temenggong Ibrahim di Johor Bahru hari ini.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sebelum ini dilaporkan media menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat satu rakaman tular mengandungi dakwaan serius oleh individu dikenali sebagai Sofia Rini membabitkan dakwaan salahlaku melibatkan bekas pegawai Perdana Menteri.

Menurut beliau, video berkenaan mengandungi beberapa dakwaan utama termasuk tuduhan wang yang didakwa dicuri oleh bekas pegawai berkenaan telah dibawa ke Afrika untuk disimpan selain dakwaan bahawa tindakan tersebut dilakukan atas arahan Perdana Menteri sendiri.

Tambahnya, Sofia juga mendakwa Perdana Menteri akan melarikan diri ke Afrika atau Turki sekiranya berlaku sesuatu dalam negara serta mendakwa bekas pegawai yang dinamakan mempunyai kekayaan mencecah berbilion ringgit.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa pihaknya mempunyai tanggungjawab besar dalam mentadbir negara dan tidak boleh melayani setiap komen atau dakwaan yang tersebar di media sosial tanpa asas.

“Saya banyak kerja. Kalau ada bukti, bawa. Kalau tidak, ia hanya akan jadi sarang fitnah,” katanya lagi.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img