PM rujuk surat Saravanan kepada Peguam Negara,SPRM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merujuk surat bekas Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk diteliti.

Katanya, langkah itu bagi memastikan siasatan dan proses pendakwaan berjalan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Daripada sampai ke situ (mahkamah), bukan urusan saya. Saya akan rujuk kepada SPRM atau Jabatan Peguam Negara untuk mereka teliti,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat  di Masjid Sembilang di Seberang Jaya hari ini.

BEKAS  Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan pada sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. – Gambar NURUL SHAFINA JEMENON.

Perdana Menteri mengulas kenyataan Saravanan yang juga Timbalan Presiden MIC  yang mendedahkan telah menghantar surat kepada Anwar bagi meminta kes pertuduhan rasuah terhadapnya disemak secara menyeluruh.

Mengulas lanjut Anwar berkata, semua pihak perlu memberi ruang kepada proses siasatan dan pendakwaan diteruskan tanpa membuat sebarang kesimpulan sebelum diputuskan mahkamah.

“Kita harus beri ruang untuk keadaan siasatan diteruskan, pendakwaan dan proses serta tidak membuat apa-apa kenyataan kerana belum pasti sehingga diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Hari ini Saravanan dihadap ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlaj RM1.097 juta berkaitan kuota pengambila pekerja asing.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here