PM sampaikan sumbangan kepada 2 keluarga mangsa kebakaran di Banting

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang ditimpa musibah apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dua minggu lalu.

Perdana Menteri berkata, peristiwa itu menyayat hati lebih-lebih lagi apabila ada antara keluarga turut kehilangan insan tersayang.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting hari ini. GAMBAR: Facebook Anwar Ibrahim

“Sebelum menunaikan solat Jumaat hari ini, saya berkesempatan menziarahi serta menyampaikan sumbangan kepada dua keluarga yang rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Nuri, Kampung Seri Cheeding, Banting dua minggu lalu.

“Peristiwa ini amat menyayat hati, lebih-lebih lagi apabila salah sebuah keluarga turut kehilangan insan tersayang iaitu anak lelaki berusia tiga tahun yang terkorban selepas terperangkap dalam kebakaran itu.

“Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung dan saya mendoakan agar kedua-dua keluarga dikurniakan ketabahan, kekuatan serta dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Pada 6 Februari lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui rentung selepas terperangkap dalam kebakaran yang memusnahkan tiga rumah di Banting, Selangor.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 2.44 pagi.

Katanya, sebanyak 17 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Panglima Garang serta bantuan BBP Banting, BBP KLIA bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 11 kilometer.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img