PM tidak pernah dimaklum Azmin dipelawa kembali sertai PKR

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak pernah dimaklumkan mengenai sebarang pelawaan kepada bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyertai semula parti itu.

“Ada orang jemput ke? Ada pelawaan? Saya tidak dimaklumkan,” kata Presiden PKR itu ringkas ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Perasmian Ekspo Inovasi dan Pengkomersialan Kebangsaan (NICE) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara hari ini.

Mohamed Azmin yang merupakan Setiausaha Agung Bersatu pada Selasa lalu dilaporkan berkata, beliau tidak akan sesekali kembali menyertai PKR meskipun terdapat pelawaan kepada bekas ahli parti itu untuk berbuat demikian.

Sebelum ini, bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Kamarudin Jaffar dan bekas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman dilaporkan dijangka menyertai semula PKR.

Bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar turut mengesahkan kembali menyertai parti itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here