PM umum Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan RM500 untuk mahasiswa IPTA

KERAJAAN  mengumumkan Bantuan Khas Pembelian Tiket Penerbangan domestik secara one-off atau sekali beri bernilai RM500 kepada setiap pelajar baharu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang layak bagi sesi kemasukan September atau Oktober ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata inisiatif itu akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan untuk memulakan pengajian masing-masing.

“Universiti awam, politeknik, kolej komuniti bagi sesi kemasukan September dan Oktober tahun ini. Ini akan memberi manfaat kepada 7,095 pelajar yang perlu menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan untuk memulakan pengajian,” kata beliau.

Perkara itu diumumkan Anwar ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) malam tadi.

Perdana Menteri berkata inisiatif itu adalah sebahagian daripada komitmen Kerajaan Persekutuan untuk meringankan beban rakyat, di samping mengumumkan penambahbaikan ikhtiar BUDI MADANI Diesel dan penstrukturan semula hak pemberian khas bagi negeri itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here