
Oleh: Dr Muhammed Fauzi Othman
DINAMIKA politik di Malaysia kini menjadi semakin fluid dan fleksibel. Sebelum tahun 2009 politik Malaysia agak stabil dan tekal (konsisten) dengan dominasi oleh Barisan Nasional (BN) dan UMNO kecuali pada 1969. Namun keadaan berubah.
Peningkatan golongan terpelajar dan pelebaran middle class (kelompok pertengahan) menjadikan politik semakin sophisticated. Apabila masyarakat sudah memanjat tangga hirarki keperluan seperti teori Abraham Maslow, pemenuhan kendiri asas seperti makan-minum, tempat tidur, pakaian sudah tidak memadai.
Rakyat mula menuntut keadilan, kecekapan tata kelolaan, pembuatan keputusan yang telus dan ini menyebabkan Steady decline of BN’s dominance (dominasi BN terus merosot dan akhirnya dalam PRU15 ‘hung Parliament’ (Parlimen tergantung). BN hanya menang 30 kerusi.
Dalam latar ini Perikatan Nasional (PN) dilahirkan pasca Sheraton Move (Langkah Sheraton). Pada PRU15, tonggak PN iaitu Pas dan Bersatu, mendapat sambutan hangat pengundi sehingga memperolehii 74 kerusi Parlimen.
Namun, langit tak selalu cerah. Persetiaan Pas-Bersatu, MIPP dan Gerakan nampaknya kini terurai atas pelbagai sebab. Sebab utama termasuk perebutan dominasi dan citra politik yang jauh berbeza.
Pemimpin Bersatu ialah bekas pemimpin UMNO dan PKR yang mengambil jalan moderate sementara Pas adalah parti Islam sayap kanan terutama pasca 2015. Jadi PN kini bukan lagi yang memenangi 74 kerusi itu.
Bagi mengimbangi kehilangan pengaruh middle path Malaysia yang sudah tidak mahukan BN, Pas mengundang Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Wawasan menyertai PN.
Namun kita tidak pasti sama ada penyokong yang dahulu mengundi PN kerana kewujudan Bersatu di situ akan menyokong PN baharu ini. Parti Wawasan masih baharu dan pemimpinnya juga tidak ramai heavyweights.
Jadi mereka hampir pasti menumpang kekuatan Pas. Secara umumnya, selepas PRN Johor dan NS, kita tidak melihat peningkatan sokongan kepada Pas-PN, malah BN yang nampak mula bangkit.
Jadi, soal PN digantung, lambang tidak boleh digunakan dalam pilihan raya, pada fikiran saya ‘jatuh ke tempat kedua’. PN itu sendiri sudah merosot bahkan bukanlah PN yang asal. Nampak Bersatu pula tidak akan mengalah dengan tindakannya melaporkan salahlaku PN kepada ROS.
Tindakan itu memburukkan lagi imej PN di mata pengundi kecuali penyokong tegar Pas. Ada kemungkinan PN akan bertanding menggunakan logo Pas, tetapi saya berpendapat Gerakan dan MIPP, akan berada dalam keadaan serba salah.
Jadi macam saya kata, PN digantung, aktiviti tidak dibenarkan dan logo tidak boleh digunakan itu is the least problem that they Face (itulah masalah kecil yang mereka hadapi . Bersatu mungkin sedang mengalami kemerosotan, tetapi entah bagaimana, Bersatulah yang menjadi perekat kepada hubungan dalam PN selama ini. Kini dah terurai.
Wawasan belum teruji untuk mengambil peranan itu. Hanya masa akan menentukan. Jika trend berterusan saya fikir BN la yg akan mendapat sokongan besar di Melaka, diikuti oleh PH. Ada kemungkinan BN-PH akan jadi rakan dalam kerajaan seperti pilihan taya lalu sekiranya Kerajaan Perpaduan di persekutuan berterusan.
*Dr Muhammed Fauzi Othman adalah Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UTM.





