Polis siasat dakwaan pemalsuan tandatangan di tanah perkuburan Ukay Perdana

POLIS membuka kertas siasatan berhubung dakwaan pemalsuan tandatangan bagi tujuan pengurusan pengebumian jenazah di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Hulu Kelang yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan perkara tersebut dan siasatan sedang dijalankan.

Menurut beliau, siasatan tertumpu kepada dakwaan berhubung pemalsuan tandatangan yang dipercayai digunakan dalam urusan pengebumian jenazah.

“Laporan diterima dan siasatan dijalankan berhubung pemalsuan tandatangan bagi tujuan pengebumian jenazah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini, lapor Harian Metro.

Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menafikan dakwaan yang tular bahawa kelewatan urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana berpunca daripada pihak masjid.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, kelewatan itu berlaku susulan kekeliruan dalam kalangan waris yang menyerahkan sepenuhnya urusan pengebumian kepada Badan Kebajikan Salatulrahim (BKS) yang tidak mempunyai kaitan dengan pihak masjid.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa pihak masjid mengenakan bayaran sebanyak RM1,400 bagi membolehkan urusan pengurusan jenazah dijalankan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img