Polis tahan 9 sembilan warga Bangladesh di Gua Musang, gagal tunjuk dokumen sah

POLIS menahan sembilan warga Bangladesh selepas gagal mengemukakan pasport dan dokumen perjalanan yang sah di Jalan Kuala Lipis-Gua Musang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kesemua lelaki terbabit ditahan selepas kenderaan Perodua Alza berwarna putih yang dinaiki mereka didapati dalam keadaan mencurigakan.

“Mereka ditahan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Bertam kira-kira 11.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati kesemua individu berusia antara 20 hingga 30 tahun itu gagal mengemukakan pasport atau dokumen perjalanan sah bagi membuktikan kebenaran mereka memasuki Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 55E, Seksyen 6(1)(C) dan Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

“Polis kini menjalankan siasatan bagi mengenal pasti status imigresen kesemua individu berkenaan dan menyiasat penglibatan pihak lain yang terlibat dalam kegiatan terbabit,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here