PPM tumpas kilang e-waste haram, rampasan cecah RM6 juta

PASUKAN Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menumpaskan aktiviti pemprosesan sisa elektronik (e-waste) secara haram dengan nilai rampasan dianggarkan RM6 juta menerusi satu serbuan, semalam.

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Jaffri Bidin berkata, serbuan dilakukan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor di sebuah premis di kawasan Perindustrian Kapar Bestari, Kapar, Klang.

“Turut ditahan adalah seorang lelaki tempatan berumur 26 tahun yang dipercayai penjaga premis serta 38 pekerja warga asing yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri serta permit kerja.

“Hasil pemeriksaan di lokasi, pihak berkuasa merampas pelbagai bahan dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti pemprosesan e-waste secara haram.

“Antara barang rampasan adalah tembaga (copper) kira-kira 120,000 kilogram; aluminium yang telah diproses (560,000 kilogram) dan aluminium yang belum diproses (811,300 kilogram),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disyaki membabitkan aktiviti pemprosesan sisa elektronik secara haram yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar serta melanggar peruntukan undang-undang berkaitan.

“Kes akan dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk tindakan lanjut,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img