Prabowo mansuhkan beberapa elaun, hentikan lawatan kerja anggota DPR ke luar negara

 BERIKUTAN bantahan meluas rakyat sehingga mencetuskan demonstrasi ganas di Jakarta berhubung kenaikan elaun  anggota-anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Presiden Indonesia Prabowo Subiato mengumumkan, pemansuhan beberapa elaun tersebut.

Selain itu, pada sidang media di Istana Merdeka, Jakarta, Prabowo juga mengumumkan semua lawatan kerja ke luar negara oleh anggota DPR dihentikan.

 “Dalam usaha memenuhi aspirasi murni daripada masyarakat, saya menerima laporan daripada para Ketua Umum Parti Politik, bahawa mereka telah mengambil langkah tegas terhadap anggota DPR masing-masing yang membuat kenyataan mengelirukan dan menimbulkan kemarahan rakyat berkuatkuasa mulai esok 1 September 2025,’’ katanya.

Langkah itu kata beliau akan disusuli dengan tindakan kepimpinan DPR untuk mengumumkan pemansuhan beberapa tindakan DPR sebelum ini termasuk soal elaun dan lawatan kerja ke luar negara.

Prabowo turut memaklumkan beberapa ketua umum parti telah sepakat membatalkan keahlian pemimpin parti itu yang baru-baru ini membuat kenyataan yang tidak sesuai dengan kehendak rakyat.

‘’ Selain itu, ketua parti dan pimpinan DPR juga sepakat akan meminta para anggotanya untuk selalu peka dan sentiasa berpihak kepada kepentingan rakyat,” katanya.

Lebih lanjut, Presiden menegaskan bahwa pemerintah menghormati kebebasan berpendapat tetapi ia harus dilakukan secara aman.

‘’Jika dalam pelaksanaannya terdapat kegiatan-kegiatan yang bersifat anarkis, menjejas kestabilan negara, merosak atau membakar kemudahan awam sehingga ada yang terbunuh, mengancam dan merompak rumah-rumah dan institusi awam  mahupun kediaman peribadi, ia akan dianggap melanggar undang-undang,’’ tegas beliau.

Jika itu berlaku Prabowa berkata, negara wajib melindungi rakyat manakala anggota keselamatan yang bertugas harus melindungi masyarakat, menjaga kemudahan awam yang dibangunkan dengan menggunakan wang rakyat.

Turut serta dalam sidang media itu ialah antaranya Ketua Umum PDI Perjuangan Megawati Soekarnoputri, Ketua Umum Parti Golkar Bahlil Lahadalia dan Ketua Umum Parti Nasional Demokrat, Surya Paloh.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img