Kabel KTMB 100 meter dicuri: Perkhidmatan ETS, komuter sektor utara terjejas

KECURIAN kabel kira-kira 100 meter milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Kilometer 95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting mengakibatkan berlaku gangguan kepada sistem persemboyanan sekali gus menjejaskan operasi perkhidmatan tren di sektor utara.

KTMB dalam satu kenyataan berkata, kejadian tersebut dikesan oleh polis bantuan syarikat itu awal pagi ini selepas pemeriksaan di lokasi mendapati terdapat kehilangan kabel yang memberi kesan kepada sistem semboyan di laluan berkenaan.

Menurutnya, berikutan insiden tersebut, beberapa perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM komuter utara yang menggunakan laluan berkenaan mengalami kelewatan melebihi 60 minit daripada jadual asal.

KEJADIAN curi kabel 100 meter di Kilometer 95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting, Perak awal pagi ini menjejaskan laluan ETS dan KTM Komuter sektor utara. GAMBAR: KTMB

Antara perkhidmatan KTM Komuter Utara yang terlibat adalah seperti berikut:

No. 2902 – kelewatan sekitar 34 minit

No. 2904 – kelewatan sekitar 40 minit

No. 2903 – kelewatan sekitar 23 minit

No. 2905 – kelewatan semasa 25 minit

Dalam masa sama, semua perkhidmatan ETS yang melalui laluan tersebut turut dijangka mengalami kelewatan seperti berikut:

EP9121 – mengalami kelewatan 90 minit

EX9171 – mengalami kelewatan 21 minit

EP9323 – mengalami kelewatan 6 minit

EG9343 – mengalami kelewatan 3 minit

“KTMB memandang serius insiden kecurian kabel ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan kelancaran operasi tren, malah turut memberi implikasi terhadap aspek keselamatan serta kebolehpercayaan sistem perkhidmatan rel negara.

“Pasukan teknikal KTMB sedang giat melaksanakan kerja-kerja pembaikan dan pemulihan bagi menstabilkan semula operasi serta memastikan pergerakan tren dapat kembali beroperasi seperti biasa secepat mungkin,” kata kenyataan tersebut.

KEJADIAN curi kabel 100 meter di Kilometer 95.8 antara Sungai Siput dan Kamunting, Perak awal pagi ini menjejaskan laluan ETS dan KTM Komuter sektor utara. GAMBAR: KTMB

Menurut kenyataan itu, penumpang disarankan untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung status perjalanan dan kelewatan tren melalui media sosial rasmi KTMB.

Tambahnya, penumpang KTMB juga boleh merujuk kakitangan stesen bertugas bagi mendapatkan bantuan lanjut.

KTMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan menghargai kesabaran serta kerjasama para penumpang, katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img