PRN Melaka, Johor tidak akan ditangguhkan, BN sudah bersedia – Zahid

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi secara tegas menyatakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor tidak akan ditangguhkan dan akan dilaksanakan apabila tiba masanya.

Sambil  menegaskan gabungan itu sudah bersedia menghadapi PRN berkenaan, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata,  cadangan PRN ditangguhkan bukan pendirian atau keputusan dibuat oleh UMNO dan BN, sebaliknya ia merupakan pandangan peribadi pemimpin tertentu.

“Cadangan PRN ditangguhkan itu bukan pendirian UMNO, itu juga bukan pendirian BN, itu pendapat peribadi seseorang dan tidak ada ‘endorsement’ daripada parti.

“Jadi, dalam keadaan itu, jangan buat keputusan untuk buat penangguhan dan ini menjadi bahan untuk orang melontarkan peluru kembali kepada kita. Apa pun keadaan BN, bilapun PRN diadakan tentunya kita telah cukup siap siaga untuk menghadapinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Forum BN ke-10 mengenai kesan konflik AS-Iran ke atas Malaysia di Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Sebelum ini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Ahmad Maslan mencadangkan PRN Johor dan Melaka ditangguhkan sebelum menjelaskan ia sekadar pandangan peribadi, bukan mewakili parti.

Selain Ahmad, Pengerusi DAP Melaka Khoo Poay Tiong, dilapor mencadangkan penangguhan PRN kerana mahu mengurangkan beban rakyat yang berdepan kenaikan kos sara hidup akibat krisis tenaga global.

Dalam ucapannya Ahmad Zahid  turut memaklumkan sistem pendaftaran keahlian dalam talian Umno merekodkan hampir 10,000 ahli baharu dalam tempoh 48 jam sejak dilancarkan.

Beliau berkata,  susulan agenda Rumah Bangsa Umno, ia akan diterjemah menerusi gabungan BN selepas ini bagi membolehkan permohonan untuk menjadi ahli secara terus dilaksanakan.

“Terdapat ahli profesional, individu dan juga pemimpin-pemimpin NGO yang mahu bersama bersama-sama dengan BN. Kita akan mengusulkan dalam Dewan Tertinggi BN supaya klausa yang terdapat di dalam Perlembagaan BN untuk permohonan menjadi ahli terus atau langsung ini akan dilaksanakan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img